Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka,
ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia
mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena
jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.
Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila
melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada
warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika
banyak tangan yang menyentuhnya.
Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari
apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya
lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.
Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi
nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari
tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan
sempurna.
Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang
terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah
tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah
dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik
padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang
diredhai Allah.
Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang
wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang
telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah,
kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga
dan terpelihara.
Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima
waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
[Hadis Riwayat Ahmad]
Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang
wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah
mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka
taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk
masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
INDAHNYA WANITA !! ):
No comments:
Post a Comment