Friday 4 May 2012

Sukalah Apa Yang Ada.


Banyak sangat impian kita dalam hidup ini.Jiwa kita sarat dan terpenuh dengan kehendak,angan-angan dan cita-cita.Sewaktu kanak-kanak dulu,pelbagai imaginasi dan impian yang terhampar di dataran rasa dan cita-cita.Wah!! ingin berpakaian segak yang penuh dengan berketerampilan.mengimpi dikalung pujian yang hebat bersama gemerlapan anugerah bintang dan gelaran.Kadang-kadang tenggelam dalam angan-angan,ingin menjadi seorang yang hebat serba “Super” dan “Ultra”.
Sungguh,hidup ini bukan sekadar imaginasi dan angan-angan.Ia adalah realiti yang ditajalli(diisi) pada hakikat ketentuan.Di jemari takdir,kita selaku hamba perlu akur dan menunduk! Ketetapan daripada-Nya pasti terjadi.Apa yang diimpikan dahulu,rupanya tidak semua akan berlaku.Kita ingin sesuatu,namun yang lain pula ditentukan untuk kita.Itu lah hukum dalam kehidupan ini yang kita kena patuhi.Benarlah,kita hanya diberi ruang dan keizinan untuk merencana dan merancang,tetapi yang mutlak memegang ketetapan takdir adalah Dia yang serba maha di atas segala!!
Namun,bukanlah bermaksud kita hanya pasrah tanpa usaha.Sekadar bersimpuh menunggu segala ketetapan tanpa ikhtiar dan tindakan.Apa yang perlu kita fahami,Dialah Allah Yang Maha Bijaksana tersangat hebat dalam mencatur segalanya.Setiap ketentuan untuk para hamba-Nya,tidak langsung walau secalit bermaksud kezaliman dan penganiyaan.Segalanya tersimpan dalam maksud hikmah yang terahsia maknanya.Yakinlah kepada Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Kerana Dialah ’Master Piece’ yang aturan tadbir dan takdir-Nya terlalu seni dan hebat.
Cuma kita yang gagal menyelami maksud ketentuan-Nya.Mata hati kita gagal menangkap yang tersirat dari kehendak takdir-Nya.Justeru,kita jadi gelisah apabila apa yang kita ingin dan impikan tidak diperolehi dalam hidup ini! Malah mungkin kita berasa kesal dan marah terhadap takdir dan ketentuan yang datang daripada-Nya.Ingatlah! ada perkara yang kita sangka baik,rupanya buruk untuk kita.Ada perkara yang kita ingatkan sesuatu yang buruk,tetapi sebaliknya tersimpan kebaikan untuk kita.Hukum aturan-Nya telah menetapkan begitu.Maka pandanglah pada dimensi yang pelbagai dan setepatnya.Lihatlah yang tersirat dari yang tersurat.Fahamilah akan hakikat dari setiap ketentuan.
Bangunlah kita selaku insan yang berjiwa besar.Tatap lah warna-warna dalam kehidupan ini dengan riang dan gembiranya.Tatanglah limpahan nikmat yang dikecapi bersama jiwa yang damai dan bahagia.lemaskan hati dalam lautan kesyukuran yang tidak bersempadan.Bersimpuhlah di gerbang takdir-Nya selaku hamba yang tunduk,akur,pasrah dan menyerah!
Sesungguhnya! Dalam hidup ini,kalau tak dapat apa yang kita suka,sukalah apa yang kita dapat.Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripada-Nya Yang Maha Penyayang!!!

Wanita Adalah Bintang di Langit dan Penerang Bagi Kegelapan.

Seorang wanita muslimah yang solehah adalah yang baik pergaulannya kepada suaminya serta mentaatinya selepas taatnya kepada Allah.Dan sungguh Rasulullah s.a.w. telah memuji wanita ini dan menjadikannya sebagai wanita teladan yang sepatutnya diinginkan oleh lelaki.Ketika Rasulullah ditanya:”Isteri bagaimanakah yang paling baik?”Baginda menjawab:”Iaitu engkau(suami) akan merasa senang apabila melihatnya,taat apabila suami menyuruhnya,dan ia tidak pernah membantah apabila suaminya mengiginkan dirinya,dan tidak pernah membelanjakan harta suami atas perkara yang dibencinya.”
Dan ketika turun firman Allah:”Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak.”(At-Taubah 9:34).Umar r.a. pergi bertolak,dan diikuti oleh Thauban r.a.Ia kemudian datang dan bertanya kepada Rasulullah :”Wahai Rasulullah,sesungguhnya ayat ini begitu agung bagi sahabat-sahabatmu.Rasulullah menjawab:
“Mahukah engkau aku beritahukan kepadamu tentang sebaik-baik harta perbendaharaan seseorang? Iaitu isteri solehah yang menyenangkan suami apabila ia melihatnya,taat kepadanya jika suami memerintahnya,yang menjaga dirinya jika suami tidak berada di tempat.”Rasulullah s.a.w. telah mengaitkan tentang masuknya seorang wanita ke dalam syurga atas bergantungnya terhadap reda suaminya.Dari Ummu Salamah r.a:Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Siapapun wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya reda terhadapnya,maka ia akan masuk syurga.”maka jadilah engkau(para wanita)seperti wanita itu,nescaya engkau akan bahagia.

Jadilah wanita terelok di dunia.

 Wahai wanita,engkau dengan kecantikanmu,lebih terang daripada sinar matahari,dengan akhlakmu,engkau lebih wangi daripada haruman wangi yang ada di dunia ini,dengan rendah hatimu,engkau lebih tinggi daripada bulan,dan dengan kelembutanmu,engkau lebih halus daripada rintiknya hujan.Maka,jagalah kecantikan itu dengan keimana,keredaanmu dengan rasa puas hati,dan maruahmu dengan menutup auratmu.
Ketahuilah bahawa perhiasanmu itu bukanlah emas,perak atau berlian,tetapi dua rakaat menjelang Subuh dah dahagamu pada siang hari yang panas kerana berpuasa agar mendapat reda Allah,dan derma yang tersembunyi hanya diketahui oleh Allah,air mata taubat,sujud panjang di atas tikar ibadah,dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Pakailah olehmu pakaian takwa,engkau akan menjadi wanita tercantik di dunia,sekalipun bajumu terkoyak.Kenakanlah pakaian kesantunan,agar engkau menjadi wanita tercantik di dunia walaupun tanpa beralaskan kaki dan baju yang mahal.
Berhati-hatilah engkau terhadap kehidupan wanita yang murtad,wanita kafir,wanita tukang sihir,wanita pelacur dan wanita yang suka melancong.Sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam,tiada yang memasukinya kecuali orang-orang yang paling celaka.Di setiap tempat akan engkau(wanita) dapati kegelapan dalam celah-celah hidupmu.Tidak ada pilihan buatmu kecuali engkau nyalakan pelita dalam dirimu!.Dan janganlah kamu berasa lemah,dan jangan pula bersedih hati,kerna kamulah orang yang paling tinggi!!.

Ada apa dengan coklat??



                                
Coklat merupakan sejenis makanan yang kaya dengan antioksidan seperti katekin dan fenol.Kandungannya juga sama seperti dalam teh hijau,jus oren,bayam,bawang,jagung dan pisang.Ia bertindak membantu mencegah sakit jantung dan kanser.Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar katelin dan fenol berbanding teh.Untuk makluman,satu kajian menyatakan minum teh tanpa susu adalah lebih baik untuk mendapat khasiat antioksidan teh.antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan lemak yang boleh menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat.
Selain itu,coklat tidak akan menggemukkan selagi mana ia diambil secara bersederhana.Begitu juga dengan semua jenis makanan.Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan boleh meningkatkan kalori.Jika kalori tersebut tidak dibakar sebanyak mana ia diambil,maka ia akan menyebabkan kegemukan.Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini.


Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau.Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi ubat tahan sakit dan meningkatkan kesihatan.Kita boleh makan coklat seberapa banyak dan kerap kerana ia bukanlah bahan ketagihan.Pemakanannya boleh dihentikan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu,coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan disamping dapat mengurangkan risiko jangkitan selesema.Perlu diingat bahawa coklat bukanlah penyebab tumbuhnya jerawat.Sebenarnya,pertumbuhan jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.Tambah menarik lagi apabila coklat boleh mengurangkan stress yang dialami oleh seseorang itu.
Bagi wanita,coklat mampu menggalakkan pengeluaran kimia endorphin bagi otak wanita,yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress.Coklat mengandungi dua jenis bahan kimia yang menimbulkan rasa sayang dan berahi iaitu phenylethylamine dan tyramine.Phenylethylamine adalah bahan kimia yang berkait rapat dengan amphetamine.Ia meningkatkan aliran darah,kadar glukosa  dalam darah dan menjadikan seseorang itu lebih berwaspada serta rasa puas.Bagi wanita yang menghadapi masalah kesakitan waktu haid (PMS),ia akan mengurangkan kadar magnesium dalam badan.Oleh itu,makan coklat dapat membantu membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.