Saturday 16 June 2012

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya








WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Tuesday 5 June 2012

Bayangan Ar Rahim Pada Sesorang Wanita



Kepada wanita dilimpahkan sifat ar-Rahim.Kemarahan mereka tertutup dengan sifat ar-RahimNya,justeru itu mereka paling layak mengandung dan mendidik anak kerana sifat ar-Rahim tersembunyi dalam sifat keibuannya.Sifat lemah-lembut,sabar.pemaaf yang ada pada seorang ibu dan isteri adalah pancaran sifat ar-Rahimnya.
Islam meletakkan dua saksi wanita dalam persaksian kerana ada kalanya mereka tidak dapat berlaku adil apabila kesalahan berlaku pada pihak yang disayanginya.Sifat ar-rahimnya membuta dan membingungkan.Walaupun si anak amat menyakitinya namun sifat ar-Rahim si ibu tetap menyayanginya.
Kemarahannya tidak bulat,jiwanya luntur apabila anak memohon kemaafan walaupun kemaafan itu untuk kali yang ke seribu.Sesungguhnya ar-Rahim si ibu pada anak dan suami adalah bayangan(bukan hakiki) sifat ar-Rahim Allah pada hambaNya.
Jika mahu melihat bayangan sifat ar-Rahim  Allah di alam ini,lihatlah ibu dan isterimu,nescaya engkau akan memahami.Seperti firman Allah dalam surah Al-‘An’am ayat 54 yang membawa maksud:”…Tuhanmu akan menetapkan atas Diri-Nya rahmat(kasih sayang)… .

Kenali Dan Cintai Tuhanmu

Tiadalah harta yang bernilai yang ditinggalkan Nabi melainkan ilmu makrifat kepada Allah.Dengan makrifat hambaNya,tenggelam dalam ketauhidan,ketauhidan menenggelamkannya dengan ibadah,ibadah membuahkan akhlak yang indah dengan Allah dan manusia.Maka zahirlah  syariat yang membina tamadun manusia yang hebat.Manusia yang benar-benar memiliki makrifat kepada Allah,mereka adalah raja kebahagiaan dua kerajaan dunia dan akhirat.
Jangan jauhi diri daripada agama.Belajar dan beramallah bersungguh-sungguh mengikut jalan para kekasihNya,agar kita dapat makrifatullah,yang dengannya kita memperoleh kunci kebahagiaan.Jika dalam diri kita memiliki makrifat,tidurlah dengan lena dari igauan masa depan.Orang yang hidup dalam kecintaan kepada Allah,masa depannya terjamin di dunia dan akhirat,Jiwanya dikurniakan permata kebahagiaan.Sang kekasih tidak akan membiarkan kekasihNya menuju kebinasaan.Hidup tidak terjamin apabila kamu bergantung kepada manusia,harta,pangkat atau sijil.Ia bagaikan bergantung pada dahan yang amat rapuh.Sebaliknya,bergantunglah kepada Allah,nescaya hidupmu akan terjamin dunia dan akhirat.
Carilah ilmu sampai ke negeri china,tetapi hatimu jangan bergantung kepada ilmu itu kerana ia hanyalah alat untuk menjalani kehidupan.Ia bukannya kuasa yang boleh mengubah kehidupan,kerana segalanya dalam kekuasaan Allah.Berapa ramai orang yang berilmu,tetapi berakhir hidupnya dengan kebinasaan dan kesesatan.Mereka menyangka dengan ilmu,mereka akan selamat,sedangkan ilmu yang tidak disertakan dengan tauhid kepada Allah akan menyebabkan mereka tertipu.Mereka akan menangis penyesalan apabila di tutup mata hati,akhirnya lidah kelu untuk menyebut kalimah tauhid di hujung kehidupan.seperti firman Allah dalam surah An-Nahl ayat ke 96 yang bermaksud:”Sebenarnya apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap,dan apa yang ada di sisi Allah tetap akan kekal.”.
Larilah daripada yang lain,kosongkan hatimu dari segala berhala kesyirikan.Hanya kepadaNya engkau menyerah diri.Barangsiapa yang hidupnya bertawakal kepada Allah,sesungguhnya Allah akan menyelesaikan segala kesulitannya.Itulah ilmu yang hakiki,mengenal Allah dan bergantung padaNya.seperti firman Allah di dalam surah At-Taalaq ayat ke 3 yang bermaksud:”Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat(bertawakal) kepada Allah,maka cukuplah Allah baginya(menolong dan menyelamatkannya).