Sifat sabar adalah sifat yang sangat mulia dan sangat dituntut di dalam agama.
"Barang siapa bersabar dan memaafkan ,sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."
Surah Asy-Syura ayat 43
Memang susah sebenarnya untuk mencipta sabar dalam jiwa jika kita tidak berusaha untuk menciptanya.Tetapi jangan jadikan 'susah' itu sebagai alasan.Didiklah jiwa dengan erti sabar.Sesungguhnya sesuatu kemenangan itu juga perlu disertai dengan kesabaran.
Sabarlah
dalam bersabar untuk menempuh ujian yang diberi Allah.Allah menguji hamba-Nya
untuk melihat sejauh mana hamba-Nya mampu bersabar dan Dia rindukan kita untuk
menadah tangan pada-Nya untuk berdoa.
“Dan
Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan
harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikan lah khabar gembira kepada orang-orang
yang bersabar.”
Surah Al-Baqarah ayat 155
Sabar
itu sememangnya bukan satu perkara yang mudah tetapi ia nya akan jadi mudah
jika kita berjaya mendidik nya di dalam jiwa.Hidup di bumi Allah yang sementara
ini memang sebenarnya memerlukan banyak kesabaran kerana hanya dengan bersabar
jiwa akan lebih tenang.Jangan lah pernah merasa lemah dan sedih dengan ujian
Allah seperti firman Allah :
“Dan
janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati,sebab kamu paling
tinggi (derjatnya),jika kamu orang beriman.”
Surah Ali-Imran ayat 139
Setiap
ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba-Nya.Dan Allah senantiasa beserta
orang-orang yang bersabar seperti di dalam firman Nya di dalam surah Al-Anfal
ayat 46.Ujian itu hadiah dari Allah buat hamba-hamba Nya.Jika kita mengeluh dan
marah atas’hadiah’Allah buat kita ini,sebenarnya tanpa kita sedar kita juga
memarahi dengan pengatur alam ini,iaitu Allah!.
Kerana siapa yang menurunkan semua ujian dan
kesusahan ini jika bukan Allah.
Jika
kita marah dan benci pada ujian ini,,bererti kita juga marah dan benci
kepada-Nya.Mengapa tidak dicontohi teladan terbaik daripada Rabiatul Adawiyah
yang ketika di tanya oleh Sufyan at-Thauri,”Kenapa kamu tidak memohon kepada
Allah untuk menyembuhkan kamu?”
Lalu Rabiatul Adawiyah menjawab: “Kenapa aku
merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku.Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan?Adakah
bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?
Subhanallah!
Begitu tinggi sekali cinta yang digambarkan wanita sufi penghuni syurga itu buat Kekasihnya.Alangkah indahnya jika
kita juga dapat mencintai Allah sehebat cinta Rabiatul Adawiyah
kepada-Nya.Orang-orang yang mendapat ujian adalah orang yang paling tinggi
darjatnya kerana ketika mereka diuji pada awal perjalanan hidupnya,mereka
bersabar dan mengharap pahala daripada ujian Allah itu.
Orang yang bersabar ini akan mendapat ganjaran yang sangat indah oleh Allah yang diberitahu Allah di dalam Surah Al-Furqan ayat 75 dan 76 yang bermaksud:“Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka,dan disana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam,mereka kekal di dalamnya.Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.”
Orang yang bersabar ini akan mendapat ganjaran yang sangat indah oleh Allah yang diberitahu Allah di dalam Surah Al-Furqan ayat 75 dan 76 yang bermaksud:“Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka,dan disana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam,mereka kekal di dalamnya.Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.”
Subhanallah!
Semoga kita salah seorang penghuni syurga atas berkat kesabaran..AMIN!