"Tuhan, izinkan aku jatuh cinta lagi pada orang yang tepat,
di waktu yang tepat. Karena hatiku cuma satu,hanya kepada dia yang halal
buatku."
Cinta itu mahal, kerana hati cuma satu.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Hanya layak untuk mereka yang halal. Mereka yang tepat. Mereka yang Allah kirimkan untuk kita. Mereka yang ikhlas, mereka yang berusaha, mereka yang menjaga Allah, mereka yang patuh pada suruhan Allah, mereka yang belajar menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Kerana yang wanita perlu adalah pemimpin. Yang akan
memimpin hidupnya. Yang akan memimpin keluarganya, generasinya. Bukan sahaja
didunia bahkan di akhirat kelak, tempat yang kekal abadi untuk selamanya.
Mereka perlu pemimpin yang boleh memimpin mereka ke jalan Allah, memimpin
mereka menjadi wanita dan isteri yang solehah, serta boleh memimpin mereka ke
Syurga Allah. Itu yang wanita inginkan, berada bersama orang tersayang di
Syurga Illahi.
Itu yang lebis manis, lebih indah dari janji dan kata-kata
'manis' seseorang lelaki. Ahh itu terlalu basi, sudah lali, jangan diulang kata
manismu duhai lelaki tanpa membuktikan dikau benar-benar layak untuk seorang
wanita.
Bukan sombong, bukan mendongak, tetapi inilah wanita inginkan.
Mereka mahu bahagia, tidak hanya di dunia kerana itu bukan yang abadi tetapi di
akhirat. Mereka ingin selamat, tidak hanya di dunia, tetapi di akhirat kelak,
di hadapan Allah kelak, saat dimana hanya amal yang menjadi titik penentu.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan
sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda
bagi kaum yang berfikir"
(Surah Ar-Rum ayat 21)
(Surah Ar-Rum ayat 21)
Wanita itu lemah, lemah jiwanya, lemah sifatnya. Kerana itu,
mereka perlu dia yang benar-benar layak. Supaya mereka aman. Supaya berasa
terlindung, dengan godaan syaitan dan bisikan hawa nafsu yang terus menerus
memburu manusia supaya jatuh dalam lembah hina.
Demikianlah juga wanita itu seperti digambarkan oleh Rasulullah
SAW ibarat tulang rusuk . Lembutnya perlukan pengawasan dan sifat berhati-hati
dalam meluruskannya. Jika terlebih keras, dia akan patah. Jika dibiarkan, maka
dia tetap akan bengkok.
"Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari
tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika
engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau
membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah
terhadap para wanita"
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat dia yang bakal menjadi pendamping wanita, jadilah mereka
yang wanita inginkan. Wanita bukan memilih tetapi mereka ingin yang terbaik,
bukan untuk diri mereka sahaja, bahkan untuk pasangan mereka juga. Mereka ingin
Allah redha dengan pilihan mereka, mereka ingin Allah restu dengan hubungan
ini.
Andai dia yang menjadi pasangan mereka mempunyai kriteria yang
Allah redha, apakah kamu fikir wanita juga tidak akan berusaha menjadi wanita
yang solehah dan sesuai untuk pasangannya? Pasti! Kerana mereka tahu Allah
sayang dengan mereka, mereka pasti berusaha menjadi isteri yang selayaknya.
Insya-Allah.
Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Hawa, berubahlah...kerana
cinta kami mahal, hanya untuk mereka yang halal dan yang selayaknya. Jika benar
hatimu untuk kami, usah bermain kata. Bersifatlah sematangnya... temuilah wali
kami sebagai buktinya!
No comments:
Post a Comment