Saturday 10 March 2012

Seorang Wanita Solehah Adalah Lebih Baik Daripada 70 Orang Wali





       Assalamualaikum

-Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

-Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

-2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

-Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

-Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

-Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

-Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

-Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

-Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

-Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

-Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

-Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

-Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

-Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

-Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

-Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

-Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

-Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

-Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

-Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

-Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

-Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

-Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

*Hadis nabi mengenai wanita:

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".




Friday 9 March 2012

Ingatlah


Assalamualaikum
Bersyukurlah karna kita terpilih untuk mlihat dunia yang diciptakan oleh Allah.Untuk melihat dunia yang penuh dengan keindahan.Tetapi,,sampai bila kita akan terus melihat keindahan dunia ni??sampai bila kita akan terus hidup????seribu tahun ???atau dua ribu tahun??tidak,,semua manusia akan kembali pada yang Maha Pencipta kita,,bukan setakat mnusia ja,,tetapi semua haiwan,,tumbuhan,,planet2,,dan segala2 nya yang di ciptakan olah Allah,,semuanya akan kembali pada- Nya,,karna apa???karna dunia ni hanya sementara.

Kita hidup hanya untuk menyediakan bekalan untuk dibawa di akhirat nanti.Rugilah kalau kita di berikan umur yang panjang sekalipun,,tetapi kita tak mampu nak sediakan sedikit pun bekalan untuk dibawa di akhirat nnti.Harta,,wang ringgit,,pangkat,,emas atau perak,,semua ni ka nak kena bawa?????tidak wahai saudara islamku,,ni semua hanya perhiasan di dunia,,perhiasan untuk menguji manusia,,semua ni dah tak penting dah di akhirat nanti,,pahala yang kita dapat semasa menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini lah yang akan jadi bekalan kita nanti.

Cuba kita fikir balik,,kita hidup ni untuk apa sebenarnya,,adakah kita hidup hanya untuk bersuka ria,,untuk bergembira,,ingat lah,,bahawa dunia ni tak kekal..ianya akan musnah suatu saat nanti,,kehidupan di akhirat nanti yg kekal.Tempat di mana kita nak berada,,tempat di mana sesetengah manusia tak penah fikir..hanya ingat dunia,,dunia,,dan dunia,,dunia ni tak kekal wahai anak cucu Nabi Adam,,ingt lah,,dunia ni tempat Allah nak menguji makhluknya..Allah sudah menerangkannya di dalam Al-Quran,,surah Al-Mulk ayat ke dua,dimana dunia ini tempat untuk menguji hamba2 nya,Kesenangan di dunia ni hanya sementara.Jangan lah terlalu bergembira di dunia yg sementara ni,,karna tugas kita sebagai hamba Allah masih belum selesai,kejar dunia,,akan dapat dunia sahaja,,tetapi kalau kejar akhirat,,kita akan dapat akhirat dan dunia.

Ingat lah bahawa syaitan(laknatullah)pernah berjanji bahawa dia(syaitan)akan menyesatkn anak cucu Nabi Adam,,dan sekarang ni dia(syaitan)tengah mengotakan janji nya,,malah janjinya(syaitan) itu,,telah pun ditunaikan,,kita juga telah berjanji pada Allah sebelum kita di lahirkan,,tetapi,,adakah kita telah mengotakn janji kita???ingatlah wahai saudara islamku,,kita berada pada akhir zaman,,dimana akan berlakunya banyak perkara2 maksiat dan sebagainya..Ingatlah wahai saudara islamku,,bahawa Allah itu tidak pernah menjauhi kita,,tetapi kita yang menjauhkan diri kita daripada-Nya.Mohonlah keampunan dari Allah s.w.t,,karna Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.Mohonlah keampunan dari Allah s.w.t. selagi masih bernyawa.