Friday 4 May 2012

Wanita Adalah Bintang di Langit dan Penerang Bagi Kegelapan.

Seorang wanita muslimah yang solehah adalah yang baik pergaulannya kepada suaminya serta mentaatinya selepas taatnya kepada Allah.Dan sungguh Rasulullah s.a.w. telah memuji wanita ini dan menjadikannya sebagai wanita teladan yang sepatutnya diinginkan oleh lelaki.Ketika Rasulullah ditanya:”Isteri bagaimanakah yang paling baik?”Baginda menjawab:”Iaitu engkau(suami) akan merasa senang apabila melihatnya,taat apabila suami menyuruhnya,dan ia tidak pernah membantah apabila suaminya mengiginkan dirinya,dan tidak pernah membelanjakan harta suami atas perkara yang dibencinya.”
Dan ketika turun firman Allah:”Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak.”(At-Taubah 9:34).Umar r.a. pergi bertolak,dan diikuti oleh Thauban r.a.Ia kemudian datang dan bertanya kepada Rasulullah :”Wahai Rasulullah,sesungguhnya ayat ini begitu agung bagi sahabat-sahabatmu.Rasulullah menjawab:
“Mahukah engkau aku beritahukan kepadamu tentang sebaik-baik harta perbendaharaan seseorang? Iaitu isteri solehah yang menyenangkan suami apabila ia melihatnya,taat kepadanya jika suami memerintahnya,yang menjaga dirinya jika suami tidak berada di tempat.”Rasulullah s.a.w. telah mengaitkan tentang masuknya seorang wanita ke dalam syurga atas bergantungnya terhadap reda suaminya.Dari Ummu Salamah r.a:Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Siapapun wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya reda terhadapnya,maka ia akan masuk syurga.”maka jadilah engkau(para wanita)seperti wanita itu,nescaya engkau akan bahagia.

No comments: