Friday 4 May 2012

Ada apa dengan coklat??



                                
Coklat merupakan sejenis makanan yang kaya dengan antioksidan seperti katekin dan fenol.Kandungannya juga sama seperti dalam teh hijau,jus oren,bayam,bawang,jagung dan pisang.Ia bertindak membantu mencegah sakit jantung dan kanser.Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar katelin dan fenol berbanding teh.Untuk makluman,satu kajian menyatakan minum teh tanpa susu adalah lebih baik untuk mendapat khasiat antioksidan teh.antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan lemak yang boleh menyebabkan saluran darah ke jantung tersumbat.
Selain itu,coklat tidak akan menggemukkan selagi mana ia diambil secara bersederhana.Begitu juga dengan semua jenis makanan.Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan boleh meningkatkan kalori.Jika kalori tersebut tidak dibakar sebanyak mana ia diambil,maka ia akan menyebabkan kegemukan.Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini.


Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau.Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi ubat tahan sakit dan meningkatkan kesihatan.Kita boleh makan coklat seberapa banyak dan kerap kerana ia bukanlah bahan ketagihan.Pemakanannya boleh dihentikan pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu,coklat juga boleh menguatkan sistem pertahanan badan disamping dapat mengurangkan risiko jangkitan selesema.Perlu diingat bahawa coklat bukanlah penyebab tumbuhnya jerawat.Sebenarnya,pertumbuhan jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.Tambah menarik lagi apabila coklat boleh mengurangkan stress yang dialami oleh seseorang itu.
Bagi wanita,coklat mampu menggalakkan pengeluaran kimia endorphin bagi otak wanita,yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stress.Coklat mengandungi dua jenis bahan kimia yang menimbulkan rasa sayang dan berahi iaitu phenylethylamine dan tyramine.Phenylethylamine adalah bahan kimia yang berkait rapat dengan amphetamine.Ia meningkatkan aliran darah,kadar glukosa  dalam darah dan menjadikan seseorang itu lebih berwaspada serta rasa puas.Bagi wanita yang menghadapi masalah kesakitan waktu haid (PMS),ia akan mengurangkan kadar magnesium dalam badan.Oleh itu,makan coklat dapat membantu membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan.

No comments: