Tuesday 5 June 2012

Bayangan Ar Rahim Pada Sesorang Wanita



Kepada wanita dilimpahkan sifat ar-Rahim.Kemarahan mereka tertutup dengan sifat ar-RahimNya,justeru itu mereka paling layak mengandung dan mendidik anak kerana sifat ar-Rahim tersembunyi dalam sifat keibuannya.Sifat lemah-lembut,sabar.pemaaf yang ada pada seorang ibu dan isteri adalah pancaran sifat ar-Rahimnya.
Islam meletakkan dua saksi wanita dalam persaksian kerana ada kalanya mereka tidak dapat berlaku adil apabila kesalahan berlaku pada pihak yang disayanginya.Sifat ar-rahimnya membuta dan membingungkan.Walaupun si anak amat menyakitinya namun sifat ar-Rahim si ibu tetap menyayanginya.
Kemarahannya tidak bulat,jiwanya luntur apabila anak memohon kemaafan walaupun kemaafan itu untuk kali yang ke seribu.Sesungguhnya ar-Rahim si ibu pada anak dan suami adalah bayangan(bukan hakiki) sifat ar-Rahim Allah pada hambaNya.
Jika mahu melihat bayangan sifat ar-Rahim  Allah di alam ini,lihatlah ibu dan isterimu,nescaya engkau akan memahami.Seperti firman Allah dalam surah Al-‘An’am ayat 54 yang membawa maksud:”…Tuhanmu akan menetapkan atas Diri-Nya rahmat(kasih sayang)… .

No comments: